Monday, November 2, 2009

Telinga bernanah jadi photographer...


Beberapa hari lepas, gua melepak dengan seseorang yang bidangnya bukan jurufoto. Sebagai pelanggan, dia memberi pendapatnya yang agak kritis. Mungkin kita tak perlu tahu siapa. Tetapi kita boleh pertimbangkan pendapatnya. Di bawah ini adalah kata2nya. Apa kata korang?

"Apakah tujuan kita berfotografi? Jika kita mengambil seorang jurufoto perkahwinan, maka apakah yang kita mahukan daripada mereka?

Saya rasa, kebanyakan orang menjawab ia untuk kenang-kenangan dan rakaman peristiwa.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa gambar-gambar yang diambil mestilah mengandungi cerita yang boleh dijadikan kenang-kenangan.

Ada orang kata, seni itu lebih penting. Lantas jurufoto ribuan ringgit itu hanya meletakkan gambar simbol 'love' di perut guna jari, gambar sekuntum bunga, sebiji gelas, sebiji batu dan tepak sirih yang besar giler. Jadi, saya sebagai orang biasa terfikir itukah kerja jurufoto perkahwinan? Mengapa senang sangat? Orang awam bukan penilai seni kerana ianya subjektif. Mentang2 la pengantin ada yang buta kayu pasal fotografi, jangan la bantai je.

Perspektif saya begini. Kalau setakat gambar cantik, hampir semua jurufoto yang pandai menggunakan kamera DSLR mampu berbuat demikian. Tetapi kalau gambar berkualiti yang mengandungi ‘story’, belum tentu semua orang boleh buat. Shoot main hentam saja bolehlah. Silap-silap, mak pengantin, bapak pengantin dan sedara mara pengantin pun dia tak kenal dan tak masuk dalam photoalbum.

Saya dah tengok banyak album perkahwinan yang dinamakan sebagai ‘storybook’. Tapi tengok macam tampal-tampal bodo gitu je. Takde story punnn??? Ada yang muka mak bapak pengantin pun tak masuk. Butakah? Malang sekali kalau terkena dengan jurufoto macam tu. Kerja main tembak saja."