Monday, May 31, 2010

BENGKEL FOTOGRAFI - Basic 2 Intermediate -JUN 2010



-------------------------------------------------
Terbuka kepada semua

*Penggemar Kamera dan Jurufoto DSLR di JOHOR
*Sijil (diiktiraf SAF Academy) juga disediakan setelah
tamat bengkel.

Xklusif
Outing khas bersama jurufoto johor

BERMINAT
BERMINAT SILA PM / E-MAIL KE :
efotosintesis@yahoo.com /
contact / 0197419419 [hairulabubakar] / 0177011487 [azmee]

UNTUK KETERANGAN.LAYARI:
SAF ACADEMY l www.safcorp.my
EFOTOSINTESIS l www.empayarfotosintesis.com

Tuesday, March 30, 2010

Jurugambar Serbu Pasar Borong Pandan


JOHOR BAHRU, 29 Mac – Seramai 30 jurugambar `menyerbu’ Pasar Borong Pandan, di sini, malam kelmarin dengan kesibukan perniagaan, gelagat penjual dan pembeli menjadi subjek utama lensa mereka.

Berbekalkan kamera, mereka merakamkan pelbagai aksi dan aktiviti di situ selama kira-kira sejam untuk menilai kemampuan masing-masing mengambil gambar dalam suasana sibuk pada waktu malam.

Program anjuran SAF Academy dengan kerjasama Efotosintesis itu bertujuan menghimpumkan peminat fotografi di bandaraya ini serta memberi peluang kepada mereka berkongsi ilmu dan pengalaman.

Pengurus Pemasaran SAF Academy, Mohd Azmi Ali, berkata sebahagian besar daripada peserta program itu adalah golongan remaja, selain mereka yang sudah lama berkecimpung dalam bidang itu.

“Program seumpama itu akan adakan dari semasa ke semasa supaya golongan remaja yang meminati bidang fotografi dapat sentiasa berkumpul dan mengadakan aktiviti berfaedah sesama mereka.

“Selain untuk tujuan hobi, kemahiran dalam bidang fotografi boleh menjana pendapatan sama ada menjadi jurugambar sepenuh masa atau sambilan yang mendapat permintaan tinggi pada masa ini,” katanya.

Pada malam itu, selepas peserta mengambil gambar di pasar borong, mereka kemudian berkumpul di SAF Academy dan gambar mereka dinilai oleh jurugambar berpengalaman, diketuai Azreen Abd Talip.

Mohd Azmi berkata, bagi mereka yang berhasrat mendalami bidang itu, SAF Academy akan memulakan kelas fotografi dan video mulai April ini. Antara program yang dijalankan ialah kursus asas fotografi & video, suntingan dan pembikinan album foto digital.

Mereka yang berminat menyertai program itu boleh menghubungi SAF Academy di talian 07-3325052/5044, 019-7510169 (Azmi), 019-7081810 (Halid) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Gambar oleh Fairus Foat

Friday, March 5, 2010

Kursus Media sepanjang Mac 2010



Senarai kursus media yang ditawarkan sepanjang Mac 2010 oleh SAF Academy dengan kerjasama efotosintesis.

14 Mac 2010 : Kursus asas fotografi ; mendedahkan peserta kepada penggunaan kamera DSLR bermula dari pengenalan hinggalah kepada teknik-teknik fotografi.

Kursus ini amat sesuai kepada yang mahu mendalami asas-asas fotografi.

Tuesday, February 16, 2010

BRANDSINTESIS



Monday, February 15, 2010

efotosintesis sintesiskan jelajah johor 2009



Sintesis semue! Geng Jelajah Johor terima sticker kereta efotosintesis tampal pada setiap kereta myvi tanda sokongan Evolusi EF pada program Jelajah Johor 2009 di Pontian baru-baru ini.Cayok! semue...join kami sintesis EF..

Program Jelajah Johor 2009 adalah program melibatkan golongan belia di sekitar Johor untuk mendekati masyarakat di seluruh daerah. Program ini mendapat liputan meluas telah pun menamatkan keempat-empat zon yang bermula dari daerah mersing hingga ke daerah pontian.

Syabas Geng JJ..support EF juge!

Sunday, February 14, 2010

Burung Flamingo - Razizmansor

Spesis burung yang masih ada di Zoo Johor.Gambar ini diambil ketika saya jalan-jalan di zoo Johor bersama family..

Burung Flamingo (bahasa Inggeris: Caribbean Flamingo) ialah satu [spesies besar flamingo yang berkait rapat dengan Greater Flamingo serta Flamingo Chile, dan kekadang dianggap sebagai konspesies. Nama sainsnya Phoenicopterus ruber. Rencana ini menurut pengolahan dalam Ibis (2002) 144 707-710.

Panjangnya Burung Flamingo Besar ialah 120–140 sentimeter; beratnya burung jantan 2.8 kilogram manakala berat burung betina 2.2 kilogram.

Habitat Burung Flamingo Besar adalah serupa dengan saudara-saudaranya, dan termasuk lagun bergaram, kukup lumpur, dan tasik-tasik payau yang cetik. Serupa dengan semua burung flamingo, burung ini bertelur sebiji telur tunggal yang putih seperti kapur di atas timbunan lumpur.

Warna kebanyakan bulunya merah jambu, dan membezakannya daripada spesies Eropah yang berwarna lebih pucat. Sayapnya berwarna merah, dengan bulu pelepah terbang berwarna hitam. Warna paruhnya merah jambu dengan hujung yang hitam, dan kakinya berwarna merah jambu pada keseluruhannya. Bunyinya burung ini seolah-olah angsa. Burung Flamingo Besar adalah satu-satunya burung flamingo yang wujud secara semula jadi di Amerika Utara.

Burung Flamingo Besar ialah salah satu spesies yang dilindungi oleh Perjanjian Pemuliharaan Burung Air Berhijrah Afrika-Eurasia

ehsan : wikipedia
rekarya : Raziz ahmad mansor

Monday, January 11, 2010

Gamelan Masih Segar Di Kampung Permatang Duku

Kumpulan gamelan Tunas Warisan Kampung Permatang Duku, Pontian, sedang melakukan persembahan semasa menyambut ketibaan Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, ke kampung berkenaan untuk menyampaikan Anugerah Desa Cemerlang, baru-baru ini.

Menurut ketua kumpulan berkenaan, Sukarjo Supoyo, 56, kumpulan mereka sering membuat persembahan pada majlis perkahwinan dan juga majlis rasmi.

Sukarjo melihat aktiviti ini sebagai satu kegiatan seni yang boleh merapatkan hubungan di antara penduduk di samping menyumbang kepada aktiviti kampung.

Kumpulan yang sudah ditubuhkan pada 2002 ini terdiri daripada 15 ahli berusia antara 40 hingga 60 tahun. Gambar oleh Hairul Abu Bakar.

Monday, November 2, 2009

Telinga bernanah jadi photographer...


Beberapa hari lepas, gua melepak dengan seseorang yang bidangnya bukan jurufoto. Sebagai pelanggan, dia memberi pendapatnya yang agak kritis. Mungkin kita tak perlu tahu siapa. Tetapi kita boleh pertimbangkan pendapatnya. Di bawah ini adalah kata2nya. Apa kata korang?

"Apakah tujuan kita berfotografi? Jika kita mengambil seorang jurufoto perkahwinan, maka apakah yang kita mahukan daripada mereka?

Saya rasa, kebanyakan orang menjawab ia untuk kenang-kenangan dan rakaman peristiwa.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa gambar-gambar yang diambil mestilah mengandungi cerita yang boleh dijadikan kenang-kenangan.

Ada orang kata, seni itu lebih penting. Lantas jurufoto ribuan ringgit itu hanya meletakkan gambar simbol 'love' di perut guna jari, gambar sekuntum bunga, sebiji gelas, sebiji batu dan tepak sirih yang besar giler. Jadi, saya sebagai orang biasa terfikir itukah kerja jurufoto perkahwinan? Mengapa senang sangat? Orang awam bukan penilai seni kerana ianya subjektif. Mentang2 la pengantin ada yang buta kayu pasal fotografi, jangan la bantai je.

Perspektif saya begini. Kalau setakat gambar cantik, hampir semua jurufoto yang pandai menggunakan kamera DSLR mampu berbuat demikian. Tetapi kalau gambar berkualiti yang mengandungi ‘story’, belum tentu semua orang boleh buat. Shoot main hentam saja bolehlah. Silap-silap, mak pengantin, bapak pengantin dan sedara mara pengantin pun dia tak kenal dan tak masuk dalam photoalbum.

Saya dah tengok banyak album perkahwinan yang dinamakan sebagai ‘storybook’. Tapi tengok macam tampal-tampal bodo gitu je. Takde story punnn??? Ada yang muka mak bapak pengantin pun tak masuk. Butakah? Malang sekali kalau terkena dengan jurufoto macam tu. Kerja main tembak saja."

Wednesday, October 28, 2009

Wanita Kampung Melayu Raya Hasilkan Kraftangan Daripada Surat Khabar

Sekumpulan wanita dari Kampung Melayu Raya, Bukit Gambir, menghasilkan kraftangan daripada suratkhabar sebagai satu aktiviti meningkatkan ekonomi penduduk kampung mereka.

Menurut guru KEMAS yang mengajar kemahiran berkenaan, Zunaidah Ramli, 36, seramai 25 wanita mengikuti kelas yang berlangsung selama tiga jam setiap minggu, mulai jam 2 petang.

Kraftangan yang mereka hasilkan itu banyak menerima tempahan terutamanya bagi majlis-majlis perkahwinan dan keraian.

Disamping mengisi masa lapang, aktiviti ini juga membuka peluang bagi mereka menceburi bidang perniagaan. Gambar oleh Amirull Salihing.


Tiga anak Johor terima Anugerah Nadi Negara

Tiga anak kelahiran Johor, Nor Intan Zanariah Abd Aziz (kiri), Luqluq Jamaludin dan Khasyatul Rodziah Ilias berkongsi kegembiraan setelah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Nadi Negara pada Persidangan Pergerakan Wanita UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Anugerah julung kali itu turut mengiktiraf lapan srikandi muda lainnya yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga mempunyai bakat serta karisma kepimpinan yang terserlah.

Ketiga-tiga mereka masing-masing menerima wang tunai RM500, sijil penghargaan, plak dan jam tangan daripada Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Gambar oleh Hairul Abu Bakar

Thursday, August 13, 2009

Bola tenis ganti kain dan span

SEKALI imbas ia kelihatan biasa sahaja, namun ada kelainan pada hujung alat pemukul jidor yang digunakan oleh Zakaria Subuh, 40, kerana ia bukan seperti kebiasaannya dibaluti dengan kain atau span.

Sebaliknya, kumpulan kemplingan Kampung Melayu Raya, Tangkak ini menggunakan bola tenis yang diskru kepada alat pemukul itu bagi memastikannya ia tidak mudah tertanggal.

Penggunaan bola tenis itu bukan sahaja lebih mudah untuk dipasang kepada alat pemukul, malah menurut Zakaria, ia menghasilkan bunyi yang lebih sedap didengar.

Katanya, bola tenis yang di dalamnya kosong itu mengeluarkan bunyi lebih nyaring dalam tindak balasnya ketika diketuk ke permukaan jidor yang diperbuat daripada kulit kambing.

Tidak hairanlah penggunaan boleh tenis sebagai pemukul jidor itu mudah menarik perhatian dan kini menjadi ikutan. Gambar oleh Amirull Salihing - Jelajah Johor 2009 zon B

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

HAKIKAT pentingnya bahasa Inggeris dalam membangunkan kerjaya masa depan, mendorong Roziana Jamal, 24, berusaha tanpa jemu mendidik anak-anak dari luar bandar mempelajarinya sejak di awal usia kanak-kanak lagi.

Beliau yang bertugas sebagai pembantu di Pusat Bahasa Inggeris di Kampung Melayu Panchor, Pagoh itu mengajar seramai 70 murid berusia lima hingga 10 tahun dari kampung sekitar termasuk Grisek, Sri Tanjung, Semasih, Sungai Renggam, Terus dan Seri Alai.

Mereka dibimbing tiga hari seminggu mengikut kumpulan umur dengan pembelajaran dua jam setiap sesi. Yuran RM3 dikenakan bagi setiap murid berumur lima hingga enam tahun manakala RM6 bagi yang berumur tujuh hingga 10 tahun.

Pusat kendalian Yayasan Nurul Yaqeen di bekas tapak balai raya itu, yang dipercayai satu-satu seumpamanya dibuka di Johor telah beroperasi sejak 10 tahun lalu, hasil cetusan idea Ahli Parlimen Pagoh, yang kini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Gambar oleh Hairul Abu Bakar - Jelajah Johor 2009 zone B

Dari senapang ke sarung parang

BEKAS komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Firdaos Md Syed, 43, tekun dalam kerja-kerja akhir menyiapkan tempahan sarung parang dengan ukiran sisik ular di bengkelnya di Kampung Parit Zin, Muar.

Sarung parang berharga RM600 itu dinamakannya Anakonda, sempena nama ular besar di hutan Amazon, Brazil. Ia diperbuat daripada kayu teras tenaga yang diperolehinya dari masyarakat Orang Asli di Pahang.

Firdaos banyak menerima tempahan dari seluruh negara dengan setiap sarung parang ukirannya berharga antara RM45 hingga RM1,500 bergantung kepada saiz, jenis kayu dan bentuk serta kehalusan ukirannya.

Beliau yang mewarisi bakat membuat sarung parang daripada datuknya, kebiasaannya menggunakan kayu kayu kemuning, ciku dan limau bali.

Berkat ketekunannya, Firadaos, yang telah telah mengusahakan bengkel berkenaan sejak sembilan tahun lalu, berupaya menghasilkan purata 40 sarung parang sebulan, sekali gus mampu memperolehi pendapatan lumayan sehingga ada mencecah RM3,500 sebulan.
Gambar Mona Mazwani Mahamammad Othman - Jelajah Johor 2009 zon B

Tuesday, June 30, 2009

Baju efotosintesis dilancarkan

model l aissa munira
studio l Studio Jalan Hampas

Monday, May 25, 2009

BERITA l Sintesis Sertai Jelajah Johor 2009

Jelajah Johor...antara peserta bergambar sebelum memulakan ekspedisi konvoi.

Mencuba...peserta (jurufoto dan videografer ef) diajar cara mendapatkan foto media.


oleh l Penulis l Azmeeawang l Foto l Amirul Salihing (Abot) dan Azharuddin Alias

JOHOR BAHRU: Seramai tujuh orang yang terdiri daripada penulis dan jurufoto efotosintesis telah menyertai program Jelajah Johor 2009 yang telah diadakan baru-baru ini. Program yang melibatkan 50 orang peserta telah berkonvoi dari Danga Festive Mall ke beberapa kawasan sekitar Kota Tinggi dan Mersing.

Program anjuran Medkom dengan kerjasama kelab MyviXtreme ini merupakan salah satu daripada lima siri penjelajahan yang akan dilaksanakan ke setiap daerah di negeri ini.

Jurufoto sintesis, Ezreen Talip berterima kasih atas jemputan pihak penganjur. Beliau berbangga dan berharap program sebegini dapat disertai lebih ramai jurufoto bagi mendedahkan mereka dengan pengalaman sebagai jurufoto dan penulis media.

“Walaupun percuma saya rasa berbaloi menyertai program ini sehingga terpaksa melepaskan tugasan lain (job riban-riban )”, katanya lagi.

Sepoi-sepoi bahasa, beliau juga merasakan inilah peluangnya untuk bersama membantu mempromosikan keunikan daerah-daerah melalui foto dan penulisan.

Seorang lagi jurufoto sintesis, Azharuddin Alias dengan ringkasnya berkata, “SEMPOI!!..”

Saturday, May 23, 2009

community policing PDRM l hairulabubakar






Thursday, May 21, 2009

Jangan sisihkan mereka








Jangan sisihkan ...kita tidak pernah sedar kewujudan mereka. Bukan mereka minta untuk jadi begini.Kita yang sempurna perlu memberi apa yang mereka perlukan kerana mereka ini adalah insan yang teristimewa.

photographer l abot + azdinalias + hairulabubakar (bad) + ezreentalip
(Jelajah Johor 2009)

Konsert Search Di Awan Biru l ezreentalip



Konsert Search Di Awan Biru bersama Celcom memberi nafas semula kepada para peminat search di seluruh Malaysia yang sudah lama menunggu kemunculan mereka kembali dipersada seni tanah air.

Wednesday, April 22, 2009

Ingin terbang


Photographer| FadzliAbuBakar

Thursday, April 2, 2009

efotosintesis l zulkarnain akil