Monday, November 2, 2009

Telinga bernanah jadi photographer...


Beberapa hari lepas, gua melepak dengan seseorang yang bidangnya bukan jurufoto. Sebagai pelanggan, dia memberi pendapatnya yang agak kritis. Mungkin kita tak perlu tahu siapa. Tetapi kita boleh pertimbangkan pendapatnya. Di bawah ini adalah kata2nya. Apa kata korang?

"Apakah tujuan kita berfotografi? Jika kita mengambil seorang jurufoto perkahwinan, maka apakah yang kita mahukan daripada mereka?

Saya rasa, kebanyakan orang menjawab ia untuk kenang-kenangan dan rakaman peristiwa.

Oleh itu, saya berpendapat bahawa gambar-gambar yang diambil mestilah mengandungi cerita yang boleh dijadikan kenang-kenangan.

Ada orang kata, seni itu lebih penting. Lantas jurufoto ribuan ringgit itu hanya meletakkan gambar simbol 'love' di perut guna jari, gambar sekuntum bunga, sebiji gelas, sebiji batu dan tepak sirih yang besar giler. Jadi, saya sebagai orang biasa terfikir itukah kerja jurufoto perkahwinan? Mengapa senang sangat? Orang awam bukan penilai seni kerana ianya subjektif. Mentang2 la pengantin ada yang buta kayu pasal fotografi, jangan la bantai je.

Perspektif saya begini. Kalau setakat gambar cantik, hampir semua jurufoto yang pandai menggunakan kamera DSLR mampu berbuat demikian. Tetapi kalau gambar berkualiti yang mengandungi ‘story’, belum tentu semua orang boleh buat. Shoot main hentam saja bolehlah. Silap-silap, mak pengantin, bapak pengantin dan sedara mara pengantin pun dia tak kenal dan tak masuk dalam photoalbum.

Saya dah tengok banyak album perkahwinan yang dinamakan sebagai ‘storybook’. Tapi tengok macam tampal-tampal bodo gitu je. Takde story punnn??? Ada yang muka mak bapak pengantin pun tak masuk. Butakah? Malang sekali kalau terkena dengan jurufoto macam tu. Kerja main tembak saja."

Wednesday, October 28, 2009

Wanita Kampung Melayu Raya Hasilkan Kraftangan Daripada Surat Khabar

Sekumpulan wanita dari Kampung Melayu Raya, Bukit Gambir, menghasilkan kraftangan daripada suratkhabar sebagai satu aktiviti meningkatkan ekonomi penduduk kampung mereka.

Menurut guru KEMAS yang mengajar kemahiran berkenaan, Zunaidah Ramli, 36, seramai 25 wanita mengikuti kelas yang berlangsung selama tiga jam setiap minggu, mulai jam 2 petang.

Kraftangan yang mereka hasilkan itu banyak menerima tempahan terutamanya bagi majlis-majlis perkahwinan dan keraian.

Disamping mengisi masa lapang, aktiviti ini juga membuka peluang bagi mereka menceburi bidang perniagaan. Gambar oleh Amirull Salihing.


Tiga anak Johor terima Anugerah Nadi Negara

Tiga anak kelahiran Johor, Nor Intan Zanariah Abd Aziz (kiri), Luqluq Jamaludin dan Khasyatul Rodziah Ilias berkongsi kegembiraan setelah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Nadi Negara pada Persidangan Pergerakan Wanita UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Anugerah julung kali itu turut mengiktiraf lapan srikandi muda lainnya yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga mempunyai bakat serta karisma kepimpinan yang terserlah.

Ketiga-tiga mereka masing-masing menerima wang tunai RM500, sijil penghargaan, plak dan jam tangan daripada Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Gambar oleh Hairul Abu Bakar

Thursday, August 13, 2009

Bola tenis ganti kain dan span

SEKALI imbas ia kelihatan biasa sahaja, namun ada kelainan pada hujung alat pemukul jidor yang digunakan oleh Zakaria Subuh, 40, kerana ia bukan seperti kebiasaannya dibaluti dengan kain atau span.

Sebaliknya, kumpulan kemplingan Kampung Melayu Raya, Tangkak ini menggunakan bola tenis yang diskru kepada alat pemukul itu bagi memastikannya ia tidak mudah tertanggal.

Penggunaan bola tenis itu bukan sahaja lebih mudah untuk dipasang kepada alat pemukul, malah menurut Zakaria, ia menghasilkan bunyi yang lebih sedap didengar.

Katanya, bola tenis yang di dalamnya kosong itu mengeluarkan bunyi lebih nyaring dalam tindak balasnya ketika diketuk ke permukaan jidor yang diperbuat daripada kulit kambing.

Tidak hairanlah penggunaan boleh tenis sebagai pemukul jidor itu mudah menarik perhatian dan kini menjadi ikutan. Gambar oleh Amirull Salihing - Jelajah Johor 2009 zon B