Tuesday, March 30, 2010

Jurugambar Serbu Pasar Borong Pandan


JOHOR BAHRU, 29 Mac – Seramai 30 jurugambar `menyerbu’ Pasar Borong Pandan, di sini, malam kelmarin dengan kesibukan perniagaan, gelagat penjual dan pembeli menjadi subjek utama lensa mereka.

Berbekalkan kamera, mereka merakamkan pelbagai aksi dan aktiviti di situ selama kira-kira sejam untuk menilai kemampuan masing-masing mengambil gambar dalam suasana sibuk pada waktu malam.

Program anjuran SAF Academy dengan kerjasama Efotosintesis itu bertujuan menghimpumkan peminat fotografi di bandaraya ini serta memberi peluang kepada mereka berkongsi ilmu dan pengalaman.

Pengurus Pemasaran SAF Academy, Mohd Azmi Ali, berkata sebahagian besar daripada peserta program itu adalah golongan remaja, selain mereka yang sudah lama berkecimpung dalam bidang itu.

“Program seumpama itu akan adakan dari semasa ke semasa supaya golongan remaja yang meminati bidang fotografi dapat sentiasa berkumpul dan mengadakan aktiviti berfaedah sesama mereka.

“Selain untuk tujuan hobi, kemahiran dalam bidang fotografi boleh menjana pendapatan sama ada menjadi jurugambar sepenuh masa atau sambilan yang mendapat permintaan tinggi pada masa ini,” katanya.

Pada malam itu, selepas peserta mengambil gambar di pasar borong, mereka kemudian berkumpul di SAF Academy dan gambar mereka dinilai oleh jurugambar berpengalaman, diketuai Azreen Abd Talip.

Mohd Azmi berkata, bagi mereka yang berhasrat mendalami bidang itu, SAF Academy akan memulakan kelas fotografi dan video mulai April ini. Antara program yang dijalankan ialah kursus asas fotografi & video, suntingan dan pembikinan album foto digital.

Mereka yang berminat menyertai program itu boleh menghubungi SAF Academy di talian 07-3325052/5044, 019-7510169 (Azmi), 019-7081810 (Halid) untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Gambar oleh Fairus Foat

3 comments:

jajan said...

terbaek arr..!!
=)

Ajey Mahat said...

salam ziarah dan ikut.. mantop.. nk blajar gak..

Sukahati Photography said...

chantek r...bile nk wat lg???