

Sewaktu aku dan geng daun lain sedang stim menyedut karbon dioksida segar, tiba-tiba pandangan kami tersorot pada satu sudut.
Kelihatan seekor ulat gonggok yang sugul sambil memeluk tubuhnya sendiri...
Sebagai menjunjung adat Melayu, kami pun menyapa mesra;
Geng daun: Assalamualaikum
Gonggok: ...
Geng daun: Saudara nampak sedih je? Boleh kami tolong?
Gonggok: ...
Geng daun: Saudara dah makan?
Gonggok: ...
Geng daun: Berlagak la pulak
Gonggok: ...
Setelah beberapa kali teguran kami tidak dilayan, malah gonggok tersebut makin memeluk tubuh menunjukkan kesombongannya.
Kami mengambil keputusan terus memijak-mijak gonggok tersebut tanpa belas kasihan dan terus beredar. (Maaf, gambar arwah tidak dapat dipamerkan disini kerana dikhuatiri menimbulkan kekacauan sejagat)
No comments:
Post a Comment