Mengikut kamus Wikipedia, Sintesis berasal dari bahas Yunani syn :tambah dan thesis : posisi yang membawa maksud satu integrasi dari dua atau lebih (perkara) yang ada yang menghasilkan suatu hasil baru. Istilah ini mempunyai arti luas dan dapat digunakan ke fizik, idealogi dan lain-lain. Foto pulak adalah gambar tetap yang merakam kejadian atau objek pada waktu tertentu.
Jadi dengan sukahatinyer gua nak buat kesimpulan empayarfotosintesis ialah zaman evolusi seni yang mengalami mutasi genetik dan akan menakluk seluruh persada minda pemikir dan metsunamikan alam sewarjagat…. Heheehe..
Kalau dulu ada zaman mesolitik, paleolitik dan neolitik dan politik nie baru punyer brand fotsislitik (zaman bergambar) lagipun kata orang gambar menceritakan segalanya…
Tapi kat Cuba ada satu kumpulan heavy rock (ahlinya orang kulit hitam kot) namanya sama jugak “sintesis” cuma takde empayar dan foto di depannya. Lagu banyak kepada lagu ritual…. maybe sekongkol bob marley kot… apa-apa pun …
Viva Empayarfotosistesis Es Una De La Mejores Conggrat…..
….Gracias……..
pemecah otak : Hyruls
Tuesday, November 25, 2008
Monday, November 24, 2008
Daun-daun ini pulang


daun-daun ini kenal asal-usulnya
dan akrab dengan bau tanah.
setelah bertahun-tahun berkenala dalam
bayu paya dan ribut bukit.
setelah usianya menguning dan luntur
menengadah mataharidi ubun-ubun.
daun-daun ini pulang, dihantar angin,
ke tanah basah kelahirannya.
ke akar asal yang menunggunya.
seperti daun, kita adalah pengembara di alam sementara.
kita tiada beda.
kita juga pelupa, jarang pulang,
dan asing dengan bau tanah sendiri.
nukilan : T.Alias Taib
p/s : Hari Raya Haji ni jangan lupa pulang ke kampung... huhuhu
Thursday, November 20, 2008
Mendeklamasikan fotosintesis

sekian inforingkas!
Wednesday, November 19, 2008
Esklusif : Interbiew gonggok jahat...


Sewaktu aku dan geng daun lain sedang stim menyedut karbon dioksida segar, tiba-tiba pandangan kami tersorot pada satu sudut.
Kelihatan seekor ulat gonggok yang sugul sambil memeluk tubuhnya sendiri...
Sebagai menjunjung adat Melayu, kami pun menyapa mesra;
Geng daun: Assalamualaikum
Gonggok: ...
Geng daun: Saudara nampak sedih je? Boleh kami tolong?
Gonggok: ...
Geng daun: Saudara dah makan?
Gonggok: ...
Geng daun: Berlagak la pulak
Gonggok: ...
Setelah beberapa kali teguran kami tidak dilayan, malah gonggok tersebut makin memeluk tubuh menunjukkan kesombongannya.
Kami mengambil keputusan terus memijak-mijak gonggok tersebut tanpa belas kasihan dan terus beredar. (Maaf, gambar arwah tidak dapat dipamerkan disini kerana dikhuatiri menimbulkan kekacauan sejagat)
Tuesday, November 18, 2008
Tak kenal maka tak cinta...

"Tak kenal maka tak cinta." Yeah, itulah kata pepatah yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Maka, kali ini gua akan terus memperkenalkan segmen-segmen yang bakal wujud dalam EF untuk disajikan kepada lu orang semua. Berikut adalah segmen yang sudah dirangkakan. Kita ikuti penjelasan selanjutnya beb.
1) KLOROFIL: Beliau adalah sejenis segmen yang memaparkan tip-tip dan teknik dalam fotografi.
2) FOTOFOBIA: Anda minat seni? Seni apa? Seni fotografi la...
3) INFOKUS: Ini pula merupakan segmen yang berborak mengenai peralatan kamera.
4) LENSA TAMU: Kita dapatkan nasihat dan tip menarik daripada pakar ataupun mana-mana jurufoto untuk dimanfaatkan. Ia mungkin satu pernyataan yang ringkas tapi padat.
5) MERAPU KEPUNDEN MARANG SEKEPER: Lu fikir sendiri...
Thursday, November 13, 2008
Gua... Lu... dan Fotosintesis

Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran cahaya iaitu daripada matahari kepada tenaga biokimia. Tenaga kimia itulah yang digunakan untuk proses pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil bagi menghuraikan air kepada oksigen dan hidrogen.
Apa pula kaitannya dengan Empayar Fotosintesis? Kenapa pula EF nak guna istilah tu?
FotoSintesis versi EF adalah gabungan daripada dua perkataan iaitu FOTO dan SINTESIS.
FOTO bermaksud gambar yang diambil dengan kamera. SINTESIS pula diterjemahkan sebagai proses menyatukan pelbagai elemen, bahagian, bahan dan sebagainya menjadi sesuatu yang kompleks.
Dah jelas dengan maksud dua perkataan tu? Jadi, FotoSintesis tu ada kaitan dengan konsep kreativiti EF ke?
Lu fikir sendirilah beb!
Wednesday, November 12, 2008
Pergi seketika kembali semula

Gua dah letupkan sampai mati fotosintesis lame.Kini fotosintesis baru masih dalam kandungan ibu yang sedang mengandung sambil meyanyikan lagu "Belaian Jiwa".Kena tunggu die lahir...Bila?tak pasti...tapi tunggu..pasti lahir...Kitaorang sudah bersiap sedia menyambut kelahirannya.Pasti kitaorang akan gembira.Anda pon sama!
Nantikan posting seterusnya...kami akan terus takluk minda kreatif anda!
Monday, November 10, 2008
Veni, vedi, vinci...

Sebenarnya Empayar Fotosintesis (EF) ini pada mulanya ditubuhkan untuk menghasilkan e-Majalah berkaitan fotografi. Tapi nampaknya empayar ini perlu diperluaskan lagi kepada aktiviti melepak secara cyber.
Dengan ini, gua menggunting reben perasmian bagi melancarkan blog EF ini. Marilah kita sama-sama 'mengurut minda' bagi menghasilkan seni reka yang mampu menakluk perhatian rakyat Malaysia.
Kenapa mesti guna perkataan 'Empayar' dan 'Fotosintesis'? EF ni sejenis empayar ke? Ataupun sejenis tumbuhan? Proses fotosintesis ke? Fotokah? Atau sintesiskah? EF akan memaparkan posting seterusnya untuk menjelaskan latar belakang empayar ini.
Jom lepak! Minda kreatif lu orang akan mula dan terus berfungsi ibarat enjin motobot yang direntap tali 'starter'nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)