Thursday, August 13, 2009

Dari senapang ke sarung parang

BEKAS komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Firdaos Md Syed, 43, tekun dalam kerja-kerja akhir menyiapkan tempahan sarung parang dengan ukiran sisik ular di bengkelnya di Kampung Parit Zin, Muar.

Sarung parang berharga RM600 itu dinamakannya Anakonda, sempena nama ular besar di hutan Amazon, Brazil. Ia diperbuat daripada kayu teras tenaga yang diperolehinya dari masyarakat Orang Asli di Pahang.

Firdaos banyak menerima tempahan dari seluruh negara dengan setiap sarung parang ukirannya berharga antara RM45 hingga RM1,500 bergantung kepada saiz, jenis kayu dan bentuk serta kehalusan ukirannya.

Beliau yang mewarisi bakat membuat sarung parang daripada datuknya, kebiasaannya menggunakan kayu kayu kemuning, ciku dan limau bali.

Berkat ketekunannya, Firadaos, yang telah telah mengusahakan bengkel berkenaan sejak sembilan tahun lalu, berupaya menghasilkan purata 40 sarung parang sebulan, sekali gus mampu memperolehi pendapatan lumayan sehingga ada mencecah RM3,500 sebulan.
Gambar Mona Mazwani Mahamammad Othman - Jelajah Johor 2009 zon B

No comments: